fb fb fb fb fb

Trump akan dedah identiti pembeli TikTok dua minggu lagi

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

WASHINGTON, 29 Jun – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan beliau telah menemui individu yang berpotensi membeli platform media sosial TikTok dalam masa terdekat.

Trump menyifatkan individu terbabit 'sekumpulan orang yang sangat kaya'.

Trump berkata, identiti mereka akan diumumkan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Trump berkata demikian dalam temu bual eksklusif dalam rancangan Sunday Morning Futures with Maria Bartiromo di Saluran Fox News pagi Ahad.

Ketegangan antara kerajaan A.S. dan TikTok bermula pada 2020 selepas Trump memegang jawatan Presiden.

Ini susulan kebimbangan Trump terhadap aplikasi milik syarikat China, ByteDance itu, boleh mengancam keselamatan negara.

Justeru Trump mengeluarkan perintah eksekutif mengharamkan TikTok kecuali ia dijual kepada syarikat tempatan, namun arahan tersebut tertangguh selepas dibawa ke mahkamah. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN