GAZA, 20 Januari- Trak-trak berisi bekalan makanan, air, khemah, dan ubat-ubatan milik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang masih terkandas di Jordan dan Mesir telah siap sedia untuk digerakkan.
Jurucakapnya Nebal Farsakh berkata, bagaimanapun setakat ini tiada angka rasmi mengenai jumlah trak yang dibenarkan masuk ke Gaza.
Sehubungan itu, beberapa koordinasi telah dilaksanakan bagi mempercepatkan proses tersebut selepas gencatan senjata bermula semalam.
Sejak perang meletus 15 bulan lalu, bekalan makanan dan tahap kebersihan penduduk di Gaza berada pada paras kritikal.
Sistem kesihatan turut dilaporkan lumpuh setelah kebanyakan hospital tidak berfungsi akibat dibedil dan diserbu oleh tentera Israel.-AFP