fb fb fb fb fb

Toyota hentikan operasi kilang domestik berikutan serangan siber - Hirokazu Matsuno

TOKYO, 1 Mac - Kerajaan Jepun mengesahkan keputusan Toyota menghentikan operasi kilang-kilang domestiknya selama sehari berpunca daripada serangan siber.

Jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno berkata, siasatan sedang dijalankan.

(Jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno/Gambar fail AFP)

Beliau juga berkata, risiko serangan siber sedang meningkat disebabkan keadaan semasa termasuk konflik bersenjata di Ukraine, sambil menggesa semua syarikat supaya memperkasakan sistem keselamatan siber masing-masing.

Akhbar harian perniagaan terkemuka, Nikkei melaporkan serangan siber itu membabitkan ransomware, sejenis malware yang menebus maklumat mangsa yang diserang.

Semalam, Toyota mengumumkan kegagalan sistem di Kojima Industries memaksanya menggantung operasi 28 saluran di 14 kilang domestiknya.

Sehingga kini, pelayan (server) Kojima masih tergendala.

Serangan siber dilaporkan berlaku di negara-negara yang menguatkuasakan sekatan terhadap Rusia susulan tindakan tenteranya menyerang Ukraine. -AFP

 

Media Baharu