WASHINGTON, 27 Januari-Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengarahkan tarif secara besar-besaran dan sekatan terhadap Colombia sebagai tindak balas kepada keengganan negara itu menerima penerbangan deportasi, sekali gus memperkukuh tindakan kerasnya terhadap pendatang.
Trump, yang baru seminggu kembali memegang jawatan, berkata beliau akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas produk Colombia, yang akan meningkat kepada 50 peratus dalam seminggu.
Trump turut mengumumkan bahawa beliau akan segera membatalkan visa pegawai kerajaan Colombia dan penyokong Presiden Gustavo Petro, serta mengenakan pemeriksaan lebih ketat terhadap warga Colombia di lapangan terbang.
"Tindakan ini hanyalah permulaan.Kami tidak akan membenarkan Kerajaan Colombia melanggar kewajipan undang-undang mereka berkaitan penerimaan dan pemulangan penjenayah yang mereka paksa masuk ke Amerika Syarikat!" tulis Trump di platform Truth Social.
Trump mengambil alih jawatan dengan janji untuk menangkap dan mendeportasi warga asing yang berada secara tidak sah di Amerika Syarikat.
Namun, menghadapi tentangan daripada Petro, yang dipilih pada 2022 sebagai pemimpin kiri pertama dalam ekonomi keempat terbesar Amerika Latin.
"Amerika Syarikat tidak boleh melayan pendatang Colombia sebagai penjenayah. Saya melarang kemasukan pesawat AS yang membawa pendatang Colombia ke wilayah kami," tulis Petro di X.
Dalam catatan lain, Petro menyatakan beliau telah menghalang pesawat tentera AS. Trump berkata dua pesawat AS tidak dibenarkan mendarat.
Kerajaan Colombia menyatakan kesediaan untuk menghantar pesawat Presiden mereka ke Amerika Syarikat bagi mengangkut pendatang dengan penuh penghormatan yang menyaksikan penerbangannya disekat oleh Bogota.
Petro turut menyatakan kesediaan untuk membenarkan penerbangan awam AS yang membawa pendatang deportasi mendarat, asalkan mereka di tidak dilayan seperti penjenayah.
Pemimpin Colombia itu kemudian menyebut lebih daripada 15,600 warga Amerika yang tidak berdokumen tinggal di negaranya dan menggesa mereka untuk menguruskan status mereka, sambil menolak serbuan untuk menangkap dan mendeportasi.
Ancaman Trump untuk mendeportasi jutaan pendatang telah meletakkannya dalam potensi konflik dengan kerajaan-kerajaan di Amerika Latin.
Brazil, yang turut dipimpin oleh presiden kiri, menyuarakan kemarahan terhadap layanan pentadbiran Trump terhadap puluhan pendatang Brazil yang dideportasi kembali ke negara mereka pada Jumaat.
Pendatang yang dideportasi di bawah perjanjian dua hala sebelum Trump kembali ke White House itu diikat dengan gari dalam penerbangan, yang menurut Brazil sebagai "pengabaian terang-terangan" terhadap hak asasi mereka.
Kira-kira 11 juta pendatang Amerika Selatan tinggal di Amerika Syarikat tanpa dokumen.-AFP.