fb fb fb fb fb

Tiga terbunuh di Gaza akibat bedilan Israel

Foto WAFA

GAZA, 12 Januari– Tiga rakyat Palestin, termasuk seorang anggota paramedik, terbunuh malam tadi apabila tentera Israel terus membedil kawasan Gaza.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan melaporkan bahawa mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Al-Awda di Nuseirat untuk menerima rawatan.

"Serangan artileri tentera Israel menyasarkan kediaman di kem pelarian Bureij dan Nuseirat di tengah Gaza.

"Kenderaan tentera Israel terus melepaskan tembakan ke arah kawasan barat laut Gaza, sekali gus meningkatkan lagi serangan tersebut," lapor WAFA.

Pencerobohan Israel yang berterusan di Gaza sejak Oktober 2023 telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 46,537 kematian rakyat Palestin, dengan lebih 109,571 lagi cedera.

Ribuan mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, yang tidak dapat diakses oleh pasukan kecemasan dan pertahanan awam akibat serangan berterusan Israel.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM