fb fb fb fb fb

Tiga maut dalam serangan di sempadan Ukraine-Rusia

Kawah di kawasan perumahan yang muncul selepas serangan peluru berpandu Rusia di Chernihiv, Ukraine/ Reuters

KIEV, 4 Januari- Serangan di sempadan Ukraine-Rusia meragut nyawa tiga individu pada Jumaat, lapor pegawai tempatan.

Tiga peluru berpandu mengenai kawasan perumahan berhampiran bandar Chernihiv di utara Ukraine, membunuh seorang individu, mencederakan lima yang lain dan memusnahkan dua rumah.

Gambar yang disiarkan oleh gabenor wilayah menunjukkan bangunan rumah persendirian hancur akibat serangan itu.

Sementar itu lima individu cedera dalam serangan dron di wilayah di sempadan Kiev dan empat cedera di Sloviansk akibat serangan, kata pegawai.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy menerusi hantaran Telegram memaklumkan dalam tiga hari pertama 2025, Rusia telah melancarkan 300 dron serangan dan hampir 20 peluru berpandu ke atas sasaran Ukraine.

Kebanyakan serangan itu berjaya dipintas. Di wilayah Kursk di selatan Rusia, seorang lelaki maut dalam serangan dron ketika berjalan kaki, kata gabenor wilayah itu.

Bagaimanapun tentera Ukraine melancarkan serangan ke atas pos arahan Rusia di wilayah Kursk.

Namun tentera Rusia berjaya menjatuhkan empat peluru berpandu dari Ukraine.

Rusia pula telah menawan semula sebahagian besar wilayah yang dirampas oleh tentera Ukraine selepas mereka menyerbu sempadan ke wilayah Kursk pada Ogos.

Gabenor wilayah Bryansk Rusia, di sebelah barat berkata sebuah kampung berhampiran sempadan diserang mortar, dan seorang penduduk terbunuh.

Tentera Rusia dan pegawai tempatan melaporkan bahawa sistem pertahanan telah menjatuhkan kira-kira 10 dron Ukraine, termasuk enam di wilayah Bryansk.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI