fb fb fb fb fb

Tiga bekas tentera Jepun dihukum penjara, serangan seksual terhadap rakan sekerja

FOTO AVN

FUKUSHIMA, 12 Disember- Mahkamah Daerah Fukushima menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tiga bekas anggota Ground Self-Defense Force kerana didapati bersalah atas serangan seksual terhadap seorang anggota wanita bawahan.

Tertuduh, Shibuya Shutaro, Sekine Akito dan Kimezawa Yusuke terdahulu mengaku tidak bersalah.

Menurut kertas pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa menyentuh Gonoi Rina secara tidak sepatutnya.

Kesalahan itu dilakukan di pusat latihan di Hokkaido pada Ogos 2021.

Mereka mengaku menjatuhkan Gonoi ke atas lantai dan mengangkang kaki wanita itu namun mendakwa tidak berniat melakukan perbuatan tidak senonoh.

Insiden itu dikatakan disaksikan oleh ramai saksi namun mereka tidak berbuat apa-apa.

Kes itu mendorong Kementerian Pertahanan mengambil langkah luar biasa untuk melancarkan siasatan khas tahun lalu.-AVN

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE