fb fb fb fb fb

Tiada rakyat Malaysia terlibat kemalangan kereta kabel di Turkiye - Wisma Putra

Tujuh cedera apabila sebuah kereta kabel di Turkiye melanggar tiang dan pecah/Foto X

KUALA LUMPUR, 13 April - Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta kabel di Antalya, selatan Turkiye pada Jumaat.

Wisma Putra menerusi kenyataan hari ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, sedang memantau secara rapi perkembangan kemalangan kereta kabel di daerah itu.

"Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta kabel berkenaan.

"Malaysia merakamkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga yang terjejas," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang maut dikenal pasti sebagai seorang lelaki Turkiye berusia 54 tahun.

Manakala tujuh cedera apabila sebuah kereta kabel di Turkiye melanggar tiang dan pecah.

Sementara 184 penumpang terperangkap di dalam 25 pod kereta kabel lain yang tergantung di udara.

Kejadian berlaku apabila sebuah daripada kereta selepas kereta kabel Tunektepe itu terhempas ke tanah kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan.

GRACE AISYAH KEDAYAN