fb fb fb fb fb

Tentera Jerman bangkitkan persoalan mengenai tahap keselamatan dalam talian

Tentera Jerman mempersoalkan mengenai keselamatan dalam talian selepas laman web berita, Zeit Online pada Sabtu melaporkan bahawa beribu-ribu mesyuaratnya boleh diakses secara bebas dalam talian / Foto Hiasan

BERLIN, 5 Mei - Tentera Jerman mempersoalkan mengenai keselamatan dalam talian selepas laman web berita, Zeit Online pada Sabtu melaporkan bahawa beribu-ribu mesyuaratnya boleh diakses secara bebas dalam talian.

Pendakwa Raya Persekutuan telah menyiasat perbualan tentera rahsia mengenai perang Ukraine yang telah dirakam dan berakhir di media sosial Rusia pada Mac.

Kecacatan keselamatan terbaharu yang dilaporkan oleh Zeit Online itu adalah berkaitan alat persidangan video dalam talian Webex, platform awam yang popular untuk mesyuarat audio dan video.

Zeit Online berkata ia telah dapat mengakses pertemuan tentera Jerman dengan menggunakan istilah carian mudah di platform.

"Lebih daripada 6,000 mesyuarat boleh ditemui dalam talian," beberapa daripadanya dimaksudkan untuk diklasifikasikan, tulisnya.

Isu sensitif itu termasuk perbincangan mengenai peluru berpandu Taurus jarak jauh yang diminta oleh Ukraine dan isu peperangan dalam talian.

Mesyuarat dalam talian yang melibatkan 248,000 askar Jerman itu dengan mudah dikesan akibat reka bentuk dalam talian yang lemah walaupun dilindungi dengan kata laluan, tambah Zeit Online.

Seorang jurucakap tentera mengesahkan kepada AFP bahawa terdapat kecacatan dalam laman Webex tentera namun telah menarik perhatian mereka dan telah membetulkannya dalam tempoh 24 jam.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN