HEBRON, 22 Februari- Seorang remaja lelaki Palestin berusia 13 tahun terbunuh pada Jumaat selepas ditembak oleh tentera Israel di bandar Hebron, Tebing Barat.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mangsa, Ayman Nassar al-Haymouny ketika beliau sedang melawat saudara-maranya di kawasan Jabal Jawhar, selatan Hebron.
"Tembakan itu mengenai dadanya.
"Mangsa dibawa ke Hospital Mohammad Ali Al-Mohtaseb, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian," lapor WAFA.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun turut meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas ditembak di bahagian perut oleh tentera Israel.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Kerajaan Jenin, namun disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu.