JEPUN, 20 September - Taufan Nanmadol yang melanda Tokyo kini sedang melintasi bandar Fukuoka, barat daya Jepun.
Ia membawa kepada hujan lebat dan angin kencang di sepanjang laluannya.
Agensi Meteorologi Jepun menjangkakan, hujan lebat akan melanda wilayah Tokai iaitu sebuah kawasan perindustrian terkemuka.
(FOTO AFP)
Dengan amaran penduduk setempat perlu sentiasa bersedia berdepan kemungkinan kejadian tanah runtuh, banjir dan limpahan air sungai.
Taufan Nanmadol yang ke-14 musim ini, dijangka merentasi pulau utama Jepun hingga awal esok. - REUTERS