fb fb fb fb fb

Liz Truss akan buat penampilan pertamanya di PBB

LONDON, 20 September - Beberapa jam selepas menyampaikan ucapan di upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada Isnin, Perdana Menteri Britain baharu Liz Truss mengadakan penampilan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Di New York minggu ini, pengganti Boris Johnson dijangka bertemu Presiden AS Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron iaitu dua pemimpin yang menentang keras Truss mengenai Brexit dan Ireland Utara.

Truss dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri baharu oleh Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, dalam salah satu upacara terakhir baginda sebagai ketua negara.

Ratu Elizabeth II meninggal dunia dua hari kemudian dan United Kingdom (UK) memulakan tempoh berkabung selama 10 hari bermula Jumaat .

Banyak aktiviti, termasuk sidang parlimen telah ditangguhkan.

(FOTO AFP)

Truss akan kembali ke London pada Khamis, sehari sebelum Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng mengumumkan bajet kecemasan, selepas kerajaan itu menyatakan komitmen untuk mengurangkan beban rakyat dalam kehidupan seharian.

Di PBB, Truss akan berusaha untuk "mendorong tindakan antarabangsa selanjutnya untuk menamatkan pergantungan tenaga kepada Rusia, memastikan dunia tidak berada dalam kedudukan itu lagi", jurucakapnya memberitahu pemberita.

Dia juga akan membina sokongan kepada Johnson untuk Ukraine, kerana "seluruh dunia menderita apabila rejim seperti (Presiden Rusia Vladimir) Putin dibiarkan melakukan kekejaman terhadap negara jirannya", kata jurucakap itu.

Dalam ucaptamanya kepada PBB pada Rabu, Truss dijangka menyuarakan bahawa bahawa UK akan kekal sebagai "pembela aktif nilai demokrasi kita" terhadap musuh yang autoritarian. - AFP

Media Baharu