TOKYO, 2 September- Taufan Hinnamnor sedang menghampiri semula wilayah Okinawa di selatan Jepun dalam persekitaran atmosfera tidak stabil, yang dijangka membawa hujan lebat di barat dan timur Jepun.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menaik taraf klasifikasi Taufan Hinnamnor kepada "ganas" dan memberi amaran tentang angin kencang dan laut bergelora ketika ribut yang sangat kuat menghampiri pulau itu.
Menurut JMA, taufan itu mempunyai tekanan atmosfera 920 hektopascal di bahagian tengahnya dan membawa angin kencang sehingga 270 kilometer sejam setakat tengah hari Khamis.
Agensi itu berkata Hinnamnor, Taufan ke-11 musim ini, dijangka bergerak perlahan ke selatan Okinawa sambil mengumpul kekuatan sehingga Jumaat.
Agensi itu juga memberi amaran mengenai hujan lebat bersama ribut petir pada Sabtu yang dijangka mencetuskan banjir di kawasan rendah.
Orang ramai di kawasan yang terjejas diminta untuk terus berwaspada terhadap tanah runtuh, puting beliung, banjir dan kilat.-AFP
(FOTO AFP)