ASHEVILLE, 30 September - Kebanyakan kawasan di Corolina Utara kini musnah dan terputus bekalan elektrik akibat Taufan Helene yang mencetuskan banjir besar.
Kerja-kerja pembersihahan dan pemulihan sedang dilakukan.
Kejadian angin, hujan dan ribut yang dibawa Helene meragut sekurang-kurangnya 90 nyawa di North Carolina, South Carolina, Georgia, Florida, Tennessee, dan Virginia, berdasarkan laporan pegawai negeri dan tempatan.
Menurut Pusat Ramalan Cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, ia antara hujan terburuk melanda barat Carolina Utara dengan hampir 30 inci (76 cm) hujan turun di Mount Mitchell, Yancey County.
Anggaran kerosakan dianggarkan antara $15 bilion hingga lebih $100 bilion kerana sistem air, komunikasi, dan laluan pengangkutan terjejas teruk. - REUTERS