fb fb fb fb fb

Menteri bimbang ramai terkorban akibat Taufan Chido

Foto satelit menunjukkan pergerakan Taufan Chido

PARIS, 15 Disember- Pemangku Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau, menyatakan pada hari Sabtu, beliau bimbang dengan kesan akibat Taufan Chido yang melanda Mayotte, susulan laporan bahawa kawasan perumahan setinggan di pulau itu telah musnah.

"Untuk menilai situasi, kita perlu berada di lapangan, melihat runtuhan dan perumahan sementara yang telah dimusnahkan sepenuhnya," katanya selepas mesyuarat  antara menteri mengenai krisis tersebut.

Beliau menambah mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan angka kematian yang tepat, "tetapi kami bimbang ramai yang menjadi korban", menggambarkan keadaan sebagai "situasi dramatik" di wilayah Perancis di Lautan Hindi itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE