MANILA, 11 Februari- Angka kematian akibat tanah runtuh di selatan Filipina berhampiran lombong emas di Masara, meningkat kepada 54 orang.
Menurut Majlis Perbandaran Maco dan Pegawai Bencana Wilayah Randy Loy, sebanyak 19 mayat ditemukan di bawah runtuhan dan 63 mangsa lain masih hilang.
Tanah runtuh menyebabkan perhentian bas untuk pekerja firma perlombongan emas dan 55 rumah berdekatan tertimbus pada malam Selasa serta menyebabkan 32 orang lagi cedera.
Sementara itu, pihak berkuasa berikrar untuk meneruskan pencarian sehingga semua mangsa yang tersenarai hilang ditemui.
Jumaat lalu, pasukan penyelamat menemukan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang masih hidup, walaupun tertimbus hampir 60 jam. Penyelamat menyifatkannya sebagai keajaiban.
Hujan berterusan melanda Mindanao selama berminggu-minggu, mencetuskan banyak kejadian tanah runtuh dan banjir yang telah memaksa berpuluh-puluh ribu orang ke tempat perlindungan.
Gempa bumi kuat juga telah menjejaskan kestabilan rantau ini sejak beberapa bulan kebelakangan ini.-AFP