fb fb fb fb fb

Suspek pembunuhan wartawan Britain serah diri

(FOTO AFP)

RIO DE JANEIRO , 19 Jun- Suspek pembunuhan wartawan Britain, Dom Phillips dan seorang pembantunya, Bruno Pereira telah menyerah diri kepada pihak polis, pada Sabtu.

Menurut pegawai berkenaan, pihaknya mengesahkan mayat yang dikebumikan di Amazon itu merupakan mayat Phillips.

Kehilangan Phillips dan Pereria ketika dalam perjalanan bagi tujuan liputan di kawasan terpencil Amazon telah mencetuskan bantahan warga dunia.

Wartawan veteran Phillips, 57, dan Pereira, 41, hilang di kawasam terpencil di hutan hujan itu yang dipenuhi dengan perlombongan haram, akitviti menangkap ikan dan pembalakan, serta pengedaran dadah.

(FOTO AFP)

Sepuluh hari kemudian, seorang suspek membawa polis ke sebuah tempat berhampiran bandar Atalaia do Norte di negeri barat Amazon, di mana dia berkata dia telah mengebumikan mayat berkenaan.

Malah, abang suspek turun ditahan bagi membantu siasatan.

Analisis pasukan forensik pada Jumaat mengesahkan mayat itu merupakan wartawan berkenaan.

Pihak polis juga telah mengenalpasti suspek ketiga dalam kes itu sebagai Jefferson da Silva Lima, menyifatkan dia sebagai penjenayah yang dikenali sebagai 'Pelado da Dinha'.

Katanya, suspek telah menyerah diri di balai polis di Atalaia do Norte. -AFP

Media Baharu