fb fb fb fb fb

41 maut, berjuta-juta terkandas ketika banjir melanda Bangladesh, India

(AFP)

SYLHET, 18 Jun- Sekurang-kurang 41 orang terkorban dan jutaan lagi terkandas dalam kejadian banjir besar yang melanda Bangladesh dan India.

Banjir adalah ancaman biasa kepada berjuta-juta orang di dataran rendah di Bangladesh. Bagaimanapun, pakar berpendapat perubahan iklim meningkatkan kekerapan, keganasan dan ketidakpastian mereka.

Hujan lebat yang berterusan sepanjang minggu lalu menyebabkan sebahagian kawasan di timur laut Bangladesh tenggelam.

Tentera dikerahkan untuk memindahkan penduduk yang terjejas.

Sementara itu, sekolah telah dijadikan pusat perlindungan untuk menempatkan mereka yang terjejas.

"Seluruh kampung tenggelam pada awal Jumaat dan kami semua terkandas," kata Lokman, yang keluarganya tinggal di kampung Companiganj.

"Selepas menunggu sehari suntuk di atas bumbung rumah, seorang jiran menyelamatkan kami dengan bot. Ibu saya berkata dia tidak pernah melihat banjir sebegitu sepanjang hidupnya", tambah lelaki berusia 23 tahun itu.


(Anggota tentera membantu penduduk yang terjejas/AFP)

Asma Akter, seorang lagi wanita yang diselamatkan berkata keluarganya tidak dapat makan selama dua hari.

"Air naik dengan cepat sehingga kami tidak dapat membawa barang-barang kami", katanya. " Bagaimana boleh memasak apabila semuanya tenggelam", katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa memaklumkan, sekurang-kurangnya 21 orang terkorban akibat dipanah petir susulan ribut monsun sejak petang semalam.

"Antara mangsa yang terkorban adalah tiga kanak-kanak berusia antara 12 dan 14 tahun akibat disambar petir di bandar pedalaman Nandail", kata Ketua Polis tempatan, Mizanur Rahman.

"Empat lagi orang maut apabila tanah runtuh melanda rumah mereka di lereng bukit di bandar pelabuhan Chittagong", menurut Inspektor Polis Nurul Islam.

Ketua Menteri Conrad, Sangma menerusi Twitter memaklumkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh sejak Khamis lalu, di Meghalaya, selepas tanah runtuh dan air sungai melimpah yang menenggelamkan jalan raya.

Lebih 1.8 juta penduduk orang terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat berterusan selama lima di negeri Assam.

Ketua menteri Assam Himanta Biswa Sarma memberitahu pemberita bahawa beliau telah mengarahkan pegawai daerah untuk memberikan semua bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terperangkap dalam kejadian banjir tersebut.-AFP

Media Baharu