fb fb fb fb fb

Gunung berapi Iceland 'muntahkan' lava selama sebulan

Kawah gunung berapi di Sundhnukagigar, Iceland yang aktif mengeluarkan lava sejak Mac lalu/AFP

GRINDAVIK, 17 April- Gunung berapi di barat daya Iceland masih merekodkan aktiviti "memuntahkan" lava secara aktif selama sebulan sejak meletus pada Mac lepas.

Bagaimanapun, pakar geofizik di Pejabat Meteorologi Iceland (IMO), Benedikt Ofeigsson berkata, keadaan tersebut masih terkawal.

“Ia berterusan pada kadar agak stabil pada masa ini. Namun, kami tidak melihat sebarang tanda nyata ia akan berakhir dalam masa terdekat,” katanya.

Lava berkenaan dikesan mula menyembur keluar dari retakan tanah di Sundhnukagigar, semenanjung Reykjanes pada 16 Mac lalu.

Sejak itu, ia telah mengepam keluar kira-kira 3.6 meter (m) padu lava sesaat dalam pengukuran terbaru pada 9 April lalu, menurut IMO.

Sehingga Mac 2021, semenanjung Reykjanes tidak mengalami letusan selama lapan abad dan saintis percaya era baharu aktiviti seismik sudah bermula di rantau tersebut.

Pihak berkuasa juga telah menutup kawasan gunung dan sekitarnya kepada orang awam sebagai langkah keselamatan. -AFP

1704 BD ICELAND GUNUNG BERAPI 2
Aliran lava gunung berapi di Sundhnukagigar, Iceland/AFP

SITI AISHAH MD ISA