fb fb fb fb fb

Konflik Israel-Iran: 'Netanyahu orang pertama harus dipersalahkan' - Erdogan

Recep Tayyip Erdogan/AFP

ANKARA, 17 April- Tiada individu lain yang layak dipersalahkan dalam konflik Asia Barat sehingga tercetusnya tindak balas Iran ke atas Israel, melainkan ia adalah Perdana Menterinya sendiri, Benjamin Netanyahu.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang menyatakan demikian turut mengutuk Amerika Syarikat dan sekutu Israel yang "melenting" dengan tindakan Iran pada 13 April lalu, namun selama ini hanya berdiam diri atas perlakuan genosid negara haram itu di Gaza.

"Mereka (sekutu Israel) selama berbulan-bulan mendiamkan diri dengan sikap agresif Israel, namun mengecam tindak balas Iran.

"Yang paling bertanggungjawab atas ketegangan pada malam 13 April adalah Netanyahu dan pentadbiran berdarahnya.

"(Dalam konflik ini) Netanyahulah yang pertama harus dikutuk," kata Erdogan dalam ucapan yang disiarkan menerusi siaran televisyen Turkiye, semalam.

Tegasnya, serangan yang dimulakan Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik pada 1 April lalu melanggar undang-undang antarabangsa dan terang-terangan telah mencabar tahap kesabaran negara itu.

Sabtu lalu, Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke Israel. -AFP

SITI AISHAH MD ISA