KURSK, 11 Ogos- Sekurang-kurangnya 13 orang cedera di bandar Kursk selepas serpihan peluru berpandu yang dilancarkan Ukraine jatuh ke bangunan kediaman sembilan tingkat, kata pegawai wilayah Kursk sempadan Rusia pada Ahad.
Tentera Moscow berada dalam pertempuran sengit menentang pencerobohan terbesar Kiev ke wilayah Rusia.
Pemangku Gabenor Kursk Alexei Smirnov dalam catatan di Telegram berkata, dua daripada yang cedera berada dalam keadaan serius.
Penduduk bangunan itu akan dipindahkan ke pusat penginapan sementara, kata Datuk Bandar Kursk Igor Kutsak di Telegram.
Seluruh bandar berada bawah amaran serangan udar, katanya lagi.
Kutsak menyiarkan gambar bangunan kediaman dengan tingkap dan balkoni rosak teruk berikutan serpihan berkenaan.
Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan perkara itu secara bebas berdasarkan laporan dari Kursk namun tiada komen segera dari Ukraine.
Kiev dan Moscow menafikan serangan yang dilakukan menyasarkan orang awam.
Kejadian berkenaan telah membunuh beribu-ribu orang dan kehilangan berjuta-juta rakyat Ukraine.- REUTERS