fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel sasar tapak ketenteraan, musnahkan gudang peluru berpandu Syria

FOTO FAIL AFP

BEIRUT, 16 Disember- Pemerhati perang Syria berkata pada awal pagi Isnin bahawa serangan udara Israel telah menyasarkan tapak ketenteraan di wilayah Tartus, kawasan pesisir negara itu.

Serangan tersebut disifatkan sebagai yang paling dahsyat di kawasan itu dalam lebih satu dekad.

"Pesawat perang Israel melancarkan serangan yang menyasarkan beberapa tapak termasuk unit pertahanan udara dan gudang peluru berpandu, " kata Syrian Observatory for Human Rights.

"Ia adalah serangan paling hebat di kawasan pesisir Syria sejak bermulanya perang pada 2012".-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE