GAZA, 18 Disember- Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Gaza, malam tadi.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan memaklumkan bahawa serangan berkenaan menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Battah, berhampiran Hospital Kamal Adwan.
"Rumah milik keluarga Battah itu turut menjadi tempat perlindungan bagi keluarga Swaiti dan Ashqar yang terpaksa berpindah.
"Serangan udara tersebut mengakibatkan lapan mangsa terkorban dan sekurang-kurangnya lima orang cedera," lapor WAFA.