fb fb fb fb fb

Serangan peluru berpandu Rusia ke atas Zaporizhzhia, dua maut

UKRAINE, 30 Julai - Sekurang-kurangnya dua maut dalam serangan peluru berpandu Rusia di bandar tenggara itu, lapor pihak berkuasa Ukraine di Zaporizhzhia.

Setiausaha Majlis Bandar itu, Anatoliy Kurtiev berkata kematian membabitkan seorang lelaki dan wanita.

Serangan itu mengakibatkan letupan di beberapa bangunan berdekatan dan institusi pendidikan.

Wilayah Zaporizhzhia di timur dan tenggara Ukraine menyaksikan pertempuran sengit sepanjang 17 bulan sejak serangan Moscow terhadap negara jirannya.- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu