fb fb fb fb fb

Serangan peluru berpandu dan dron Rusia gegar Kiev, empat terbunuh

Foto Reuters

KIEV, 6 Jun- Empat terbunuh dalam serangan peluru berpandu dan dron Rusia ke atas ibu negara Ukraine, Kiev pada awal pagi Jumaat.

Menurut Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko berkata angka kematian mungkin meningkat memandangkan pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Beliau turut memaklumkan seramai 20 orang cedera, dengan 16 daripadanya dirawat di hospital.

Pihak berkuasa memaklumkan serangan udara tersebut turut mencetuskan kebakaran di beberapa bangunan kediaman.

Sebahagian penduduk Kiev dilaporkan berlindung di stesen kereta api dan tempat letak kereta bawah tanah bagi mengelakkan ancaman serangan berterusan.

Tentera Udara Ukraine memaklumkan bahawa bandar itu disasarkan dengan dron serta peluru berpandu jelajah jenis Kalibr.

Ketua pentadbiran ketenteraan Kiev, Tymur Tkachenko berkata beberapa dron telah mengenai beberapa bangunan pangsapuri bertingkat tinggi, sekali gus mencetuskan kebakaran.

Beliau berkata serpihan dron turut dikesan di tiga daerah berbeza di bandar itu.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM