fb fb fb fb fb

Serangan Israel; tidak jejas gencatan senjata - Trump

Serangan baharu di Gaza mengorbankan 38 orang /AFP

GAZA, 29 Oktober- Serangan terbaharu Israel ke atas Gaza tidak akan menjejaskan gencatan senjata yang termeterai pada awal Oktober lalu.

Jaminan itu diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Dalam serangan terbaharu itu, sekurang-kurangnya 38 rakyat Gaza terkorban.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu mengarahkan serangan besar-besaran terhadap Gaza selepas menuduh kononnya Hamas telah menyerang tenteranya yang ditempatkan di wilayah tersebut.

Hamas bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan komitmen terhadap gencatan senjata yang diusulkan Amerika Syarikat.

Naib Presiden AS, JD Vance pula menyatakan bahawa gencatan senjata masih berterusan walaupun berlaku beberapa "pertempuran kecil".

“Kami tahu bahawa Hamas atau mungkin pihak lain di Gaza, menyerang seorang askar IDF, tetapi saya percaya keamanan yang diusahakan oleh Presiden akan kekal,” katanya. -AFP

SITI NOORAIN ABDULLAH