BRUSSELS, 10 Mei– Wakil Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell mengecam sekeras-kerasnya serangan penjajah Israel terhadap ibu pejabat Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), Josep Borrell berkata Israel perlu bertanggungjawab atas perbuatan terkutuk mereka itu.
"Pelaku mesti dipertanggungjawabkan.
"Adalah menjadi tanggungjawab Israel untuk memastikan keselamatan pekerja kemanusiaan," kata Borrell menerusi platform X.
Terdahulu, UNRWA menutup sementara ibu pejabatnya di Baitulmaqdis timur selepas "pelampau Israel" membakar kawasan berkenaan.
Serangan itu berlaku selepas dua bulan "pelampau Israel" mengadakan protes di luar pekarangan UNRWA.