fb fb fb fb fb

Lebih 100,000 penduduk Palestin tinggalkan Rafah

Foto AFP

GENEVA, 10 Mei- Lebih 100,000 penduduk Palestin telah melarikan diri dari Rafah.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bandar Gaza diancam serangan darat oleh Israel secara besar-besaran.

Israel sehingga kini terus melakukan kekejamannya terhadap rakyat Palestin dan tidak mempedulikan gesaan antarabangsa untuk melakukan gencatan senjata.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan, sekurang-kurangnya 34,904 penduduk Palestin terkorban manakala lebih 78,000 lagi mengalami kecederaan sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu.

Jumlah itu termasuk 60 mangsa yang terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM