fb fb fb fb fb

Seni mural Banksy, cetus teka-teki di kota London

Karya seni baharu pelukis jalanan British, Banksy dilihat, di Fulham, London/ REUTERS

LONDON, 12 Ogos- Empat mural Banksy yang kelihatan di London minggu ini membuatkan ramai berfikir tentang maksud di sebalik karya terbaharu artis jalanan yang sukar difahami itu.

Ia merupakan mural seekor kambing, dua ekor gajah, tiga ekor monyet dan seekor serigala.

Mural berkenaan bermula dengan kambing gunung pada Isnin. Ia kelihatan bertenggek di tebing dengan batu-batu jatuh dan digambarkan dalam gaya stensil tandatangan Banksy di dinding di Richmond, barat London.

Mural seterusnya ialah dua kepala gajah, mengintai keluar dari dua tingkap terhalang yang dilukis di sisi sebuah rumah di Chelsea. Kemudian ia diikuti oleh tiga ekor monyet yang kelihatan tergantung di jambatan kereta api berhampiran Brick Lane di timur London.

Sementara itu Siluet serigala muncul pada pada Khamis. Ia dilukis pada parabola atas sebuah bangunan bergraffiti di Peckham, tenggara London.

Banksy telah menyiarkan gambar mural berkenaan di akaun Instagramnya.

Namun Polis Metropolitan London berkata, piring satelit itu telah dilaporkan dicuri dalam beberapa jam selepas didedahkan.

Teori berkenaan karya Banksy mula tular di media sosial berikutan ramai yang mula tertarik dan mahu mencari maksud tersirat mural itu.

Banksy merupakan seorang artis yang mengetengahkan tema seperti perang dan perubahan iklim dalam karyanya sebelum ini.

Ada juga yang membuat spekulasi yang menyifatkan ia mungkin berkaitan dengan rusuhan dan serangan perkauman yang melanda negara pada minggu lalu.

"Baguslah Banksy. Saya melihat ini sebagai kritikan terhadap tingkah laku liar dan huru-hara yang sedang meletus di seluruh United Kingdom. Samseng mula berani berkeliaran," seorang pengguna "barrybrexiter" mengulas pada catatan Instagram Banksy.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI