fb fb fb fb fb

Sembilan pejalan kaki maut dirempuh kereta di Seoul

FOTO AFP

SEOUL, 2 Julai- Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul, semalam.

Enam maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, kata anggota bomba, Kim Chun-soo.

Agensi berita Yonhap melaporkan seorang pemandu lelaki berusia 68 tahun merempuh pejalan kaki yang sedang menunggu di lampu isyarat.

Kenderaan itu dipandu ke arah yang salah, bertembung dengan dua kenderaan sebelum melanggar orang ramai.

Pemandu terlibat telah ditahan di tempat kejadian. Dia mendakwa bahawa keretanya tiba-tiba memecut. Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada lelaki itu berada di bawah pengaruh ubat-ubatan atau alkohol.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon ketika melawat lokasi nahas menyifatkan insiden itu sebagai "kemalangan yang sangat menyedihkan."

Beliau juga mengarahkan pegawai untuk melakukan usaha terbaik bagi menyelamatkan mangsa dan merawat mereka yang terlibat serta mengenal pasti punca kemalangan maut itu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA