fb fb fb fb fb

Seekor lagi paus Sei ditemukan mati di muara Sungai Plata, Buenos Aires

Seekor lagi paus Sei ditemui mati berhampiran muara Sungai Plata di Buenos Aires

BUENOS AIRES, 16 Julai – Seekor lagi paus Sei ditemukan mati berhampiran muara Sungai Plata di Buenos Aires pada Selasa, menjadikannya kes kedua dalam tempoh seminggu yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar marin.

Menurut Miguel Iniguez, Presiden Yayasan Cethus, sebuah badan bukan kerajaan yang memantau populasi paus di perairan Argentina, insiden yang berlaku tersebut amat luar biasa.

“Sangat jarang berlaku apabila dua ekor paus yang dianggarkan berusia kurang daripada tiga tahun terdampar dan mati dalam masa seminggu,” jelasnya.

Kedua-dua bangkai paus telah dibawa ke beting pasir di Delta Parana untuk membolehkan proses pereputan semula jadi dijalankan bagi tujuan kajian lanjut.

Paus Sei adalah spesies yang berhijrah ke Lembangan Plata semasa musim panas dan luruh, dan menurut Iniguez, populasi global spesies ini menunjukkan tanda pemulihan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun begitu, punca kematian kedua-dua paus berkenaan masih belum dikenal pasti.

“Puncanya mungkin penyakit, perlanggaran tidak sengaja dengan kapal atau mungkin ribut di laut yang menyebabkan ia hilang arah dan memasuki kawasan sungai, atau faktor lain yang masih tidak diketahui,” kata Iniguez. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN