fb fb fb fb fb

Bekas PM Thailand, Thaksin hadapi tuduhan menghina institusi diraja

Foto AFP

BANGKOK, 16 Julai – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dijadual memberikan keterangan di mahkamah pada Rabu dalam perbicaraan tertutup berkaitan tuduhan menghina institusi diraja.

Thaksin, 75, berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah melanggar undang-undang lese majeste yang ketat, di mana ia melindungi institusi diraja Thailand daripada sebarang kritikan atau penghinaan.

Kes pendakwaan berpunca daripada kenyataan yang dibuat beliau kepada media Korea Selatan kira-kira sedekad lalu.

Thaksin dijangka memberikan keterangan sekurang-kurangnya tiga hari, manakala keputusan mahkamah dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Sejak lebih dua dekad lalu, Thaksin, seorang bekas jutawan telekomunikasi, menjadi tokoh penting dalam politik Thailand dan membina pengaruh melalui partinya dan sering bertembung dengan kelompok elit pro-diraja dan pro-tentera.

Namun, pendakwaan tersebut ditambah dengan penggantungan tugas anak perempuannya, Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, dua minggu lalu dilihat sebagai petanda kemerosotan mendadak pengaruh politik keluarga Shinawatra, menurut penganalisis. -AFP

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN