fb fb fb fb fb

RUU Kawalan Produk Merokok dibentang 12 Jun ini

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dijadual dibentang pada 12 Jun ini, untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pembentangan Memo Jemaah Menteri pada 26 Mei lalu telah mendapat kelulusan dan sokongan Kabinet.

"Bagi saya itu satu kejayaan apabila saya atau Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan Memo Jemaah Menteri kepada Kabinet telah mendapat persetujuan untuk kita, kemudiannya membentangkan ke Parlimen," katanya.

(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)

Beliau berkata demikian pada Sesi Taklimat Berkaitan Rang Undang-Undang Baharu Bagi Kawalan Produk Merokok, di sini hari ini.

Antara pindaan yang dilaksanakan dalam draf awal RUU itu adalah pengurangan kadar denda daripada RM5,000 kepada RM500.

Perintah Khidmat Masyarakat juga diperkenal bagi memberi peluang pendidikan dan kesedaran dan bukan bersifat punitif semata-mata.

RUU berkenaan akan mengawal selia semua produk merokok termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.

Media Baharu