fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh dron Ukraine

Foto AFP

MOSCOW, 18 November – Rusia tembak jatuh 59 dron Ukraine yang dikesan cuba menceroboh ruang udara di kawasan sempadan.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, dron tersebut dikesan pada waktu malam di Bryansk, Kursk, Belgorod, Tula dan Moscow oleh sistem pertahanan udara.

"Serangan Kyiv berjaya digagalkan sistem pertahanan udara kami yang menyasarkan beberapa lokasi dan infrastuktur stategik," menurut kenyataan.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Kyiv didakwa semakin kerap melancarkan serangan dron namun berjaya dipatahkan Moscow dengan jumlah kali ini lebih banyak berbanding sebelumnya.- AFP

Trainee2