fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh 73 dron Ukraine

(Foto Reuters)

MOSCOW, 25 Ogos- Kementerian Pertahanan Rusia, pada Jumaat mendakwa tenteranya berjaya menembak jatuh 73 dron Ukraine dalam tempoh 24 jam lalu.

Jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov berkata ia selepas serangan dron besar-besaran tertumpu di semenanjung Crimea yang dikuasai Rusia.

"Dalam tempoh 24 jam lalu, lima Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) dan peluru berpandu anti-radar HARM buatan Amerika Syarikat telah dipintas.

"Juga, 73 dron tanpa pemandu Ukraine ditembak jatuh," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya telah memusnahkan kemudahan infrastruktur pelabuhan Ukraine yang digunakan untuk tujuan ketenteraan.

"Malam tadi, Tentera Laut Rusia melancarkan peluru berpandu dan menyasarkan kemudahan infrastruktur pelabuhan yang digunakan untuk kepentingan angkatan tentera Ukraine. Sasaran itu berjaya dan terkena sasaran," tambahnya.-REUTERS

(Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov/Foto Reuters)

Media Baharu