KIEV, 16 September- Rusia melancarkan serangan udara kelapannya pada September ke atas Kiev, dengan unit pertahanan udara memusnahkan hampir 20 dron yang disasarkan ke ibu negara itu, kata tentera Ukraine pada Isnin.
"Dron penyerang Rusia menuju ke Kiev dari arah berbeza dan dalam kumpulan berbeza," kata ketua pentadbiran tentera Kiev, Serhiy Popko menerusi aplikasi Telegram.
"Menurut maklumat awal, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan di Kiev."
Skala serangan itu, yang mengekalkan Kiev bawah amaran serangan udara selama kira-kira 3.5 jam.
Saksi Reuters melaporkan beberapa siri letupan kuat turut didengari dan ia disifatkan seperti sistem pertahanan udara sedang beroperasi.
Bagaimanapun tiada komen segera dari Moscow berkenaan kejadian itu.
Namun menurut Rusia serangan itu menyasarkan infrastruktur Ukraine yang menjadi kunci kepada usaha perangnya dalam serangan udaranya.- REUTERS