fb fb fb fb fb

Rusia lancar 267 dron lagi ke Ukraine

Tentera Ukraine berada berhampiran kereta kebal Rusia yang musnah di bandar timur laut Trostyanets, pada 29 Mac 2022/ Foto fail AFP

KIEV, 23 Februari- Rusia melancarkan 267 dron lagi ke atas Ukraine sekali gus mencatatkan "rekod" baharu sejak konflik kedua-dua negara itu sejak Februari 2022, kata Tentera Udara Ukraine.

Jurucakap Tentera Udara Ukraine Yuriy Ignat berkata 267 dron yang dikesan pada Sabtu dan Ahad untuk menyerang negara itu.

Bagaimanapun 138 daripadanya berjaya dipintas pertahanan udara manakala 119 lagi "hilang" tanpa menyebabkan kerosakan, katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu kenyataan angkatan bersenjata secara berasingan di Telegram turut memaklumkan bahawa beberapa wilayah, termasuk Kiev, telah "diserang".

Menurut pihak berkuasa wilayah serangan peluru berpandu Rusia pada Sabtu itu telah menyebabkan seorang individu maut dan lima lagi cedera di tengah bandar Kryvyi Rig.

Kementerian Pertahanan Rusia pula melaporkan bahawa 20 dron Ukraine "dimusnahkan".- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI