Doha, 17 April- Rundingan antara Israel dan Hamas untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan telah terhenti, kata Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, hari ini.
"Kami sedang melalui tahap sensitif dengan beberapa rundingan terhenti, dan kami cuba sedaya mungkin untuk mencapai kata sepakat (Israel-Hamas)," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir telah terlibat dalam rundingan di belakang tabir selama beberapa minggu bagi mendapatkan gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin di penjara Israel.
Sheikh Mohammed berkata, pihak perunding berusaha semampunya untuk menamatkan penderitaan penduduk Gaza dan mengembalikan tebusan.
Bagaimanapun, kebimbangkan meningkat mengenai perang selama berbulan-bulan di Gaza berlanjutan ke konflik serantau di Asia Barat selepas tindak balas Iran ke atas Israel pada Sabtu lalu.
Sementara itu, sejumlah 33,899 penduduk di Gaza kebanyakkan wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam pengeboman penjajah di wilayah itu sejak 17 Oktober tahun lalu. -AFP