fb fb fb fb fb

Rundingan gencatan senjata Gaza disambung semula

Keadaan di Jabalia/ REUTERS

KAHERAH, 25 Ogos- Perunding gencatan senjata membincangkan cadangan kompromi baharu pada Sabtu namun tiada sebarang petunjuk selepas mengadakan perbincangan.

"Rundingan di Kaherah tiada kemajuan. Israel berkeras untuk mengekalkan lapan kedudukan di sepanjang Philadelphi," kata seorang pegawai Palestin yang tidak mahu dikenali kepada Reuters.

Rundingan Kaherah diadakan ketika berikutan isu kemanusiaan di Gaza semakin merosot. Ramai penduduk kekurangan zat makanan dan penyebaran polio di kawasan Palestin.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestein, serangan tentera Israel di Gaza telah meragut 50 nyawa pada Sabtu. Ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan da terbaring di jalan raya berikutan serangan berterusan dari rejim zionis Israel.

Satu delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk mengikuti perbincangan genjatan senjata dalam rundingan antara Israel.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, perunding dari negara itu bertemu dengan Mesir, kemudian dengan Mesir dan Qatar pada Sabtu, dan wakil dari Mesir dan Qatar akan bertemu dengan Hamas.

Namun delegasi Hamas kembali ke Doha, Qatar, selepas taklimat pusingan rundingan berakhir, kata pegawai Palestin itu.

Rundingan selama berbulan-bulan itu gagal membuahkan hasil untuk gencatan senjata di Gaza.

Sementara itu sumber-sumber Mesir berkata, cadangan baharu itu termasuk kompromi mengenai perkara-perkara untuk mengamankan kawasan utama dan kepulangan orang ramai ke utara Gaza.

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda kejayaan pada perkara-perkara penting, termasuk desakan Israel bahawa ia mesti mengekalkan kawalan koridor Philadelphi, di sempadan antara Gaza dan Mesir.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI