fb fb fb fb fb

Robert Fico cedera ditembak

FOTO REUTERS

SLOVAKIA, 15 Mei - Perdana Menteri Slovakia Robert Fico cedera ditembak selepas menghadiri mesyuarat kerajaan, lapor agensi berita TASR pada Rabu.

Naib Pengerusi Parlimen Lubos Blaha mengesahkan mengenai perkara itu.

Seorang saksi Reuters berkata dia mendengar beberapa das tembakan dan melihat seorang lelaki ditahan polis.

Katanya dia melihat pegawai keselamatan menolak seseorang (suspek) memasuki kereta dan membawanya pergi.

Buat masa ini pejabat kerajaan tidak dapat dihubungi, untuk mendapatkan sebarang laporan mengenai insiden tersebut. - REUTERS

TETITIA YUSOFF