fb fb fb fb fb

Ribut bawa hujan lebat ke Jepun, ganggu pengangkutan

Jalan-jalan ditenggelami air akibat Taufan Maria melanda Kuji, Prefektur Iwate, Jepun/ REUTERS

TOKYO, 12 Ogos- Ribut Tropika Maria melanda wilayah utara Jepun, Iwate pada Isnin membawa hujan lebat yang mengganggu penerbangan dan perkhidmatan kereta api.

Keadaan itu memaksa orang ramai di beberapa kawasan untuk berpindah dari rumah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ribut itu dengan kelajuan angin maksimum 72 kph (45 mph), dijangka bergerak ke arah Laut Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran tentang risiko banjir lumpur dan banjir selepas hujan sejak dua hari lalu di beberapa bandar di wilayah itu memecahkan rekod.

Menurut Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menangani situasi itu.

"Kami akan terus memberi maklumat kepada penduduk dan menyokong mereka yang berpindah," kata Fumio Kishida.

Walaupun Jepun sedang bercuti, beberapa kereta api berkelajuan tinggi dan perkhidmatan tetap di Iwate dan kawasan utara lain digantung.

Manakala Japan Airlines dan All Nippon Airways turut membatalkan penerbangan dengan wilayah yang terjejas.

Sementara itu penyiar awam NHK berkata, pihak berkuasa perbandaran menggesa orang ramai di Iwate untuk berlindung.

Bagaimanapun menurut media tempatan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI