fb fb fb fb fb

Republik Dominica mahu usir 10,000 pendatang Haiti seminggu

Krisis memaksa rakyat Haiti melarikan diri ke Republik Dominica/foto AFP

SANTO DOMINGO, 3 Oktober - Republik Dominica rancang mula mengusir 10,000 pendatang tanpa izin Haiti seminggu.

Ia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap penghijrahan dari negara jirannya yang bermasalah.

Jurucakap Presiden, Homero Figueroa berkata, operasi itu bertujuan mengurangkan populasi migran berlebihan yang dikesan dalam komuniti Dominica.

"Pengusiran akan bermula "segera" dan dilakukan "mengikut protokol ketat bagi memastikan hak asasi manusia tidak dicabuli," tambahnya.

Kerajaan mengambil keputusan itu memandangkan masyarakat antarabangsa "lembab" bertindak dalam memulihkan kestabilan di Haiti, yang sebahagian besarnya telah ditakluki kumpulan penjenayah.

Selepas beberapa bulan, satu pasukan yang diluluskan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang diketuai oleh Kenya telah dihantar ke Haiti untuk cuba memulihkan keadaan. -AFP-

Trainee