fb fb fb fb fb

Replika patung Liberty tumbang akibat angin kencang di Brazil

FOTO REUTERS

GUAIBA, 16 Disember - Sebuah replika patung Liberty yang menjadi simbol kepada rangkaian peruncitan Brazil, Havan, tumbang selepas bandar Guaiba dilanda angin kencang susulan cuaca buruk.

Struktur replika setinggi 24 meter itu rebah di kawasan luar sebuah premis Havan selepas tiupan angin kuat dipercayai melebihi paras biasa, sekali gus menyebabkan kerosakan pada struktur sokongan.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut kerana kawasan sekitar telah dikosongkan lebih awal susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan.

Rakaman kejadian turut tular di media sosial, memaparkan replika berkenaan condong sebelum akhirnya tumbang ke tanah.

Replika patung Liberty itu merupakan antara elemen ikonik yang digunakan oleh rangkaian Havan di beberapa bandar utama Brazil sebagai tarikan dan identiti jenama.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE