GAZA, 8 Disember- Beratus-ratus lagi rakyat Palestin terbunuh ketika dalam serangan yang dilakukan Israel di bandar-bandar terbesar di Gaza pada Khamis.
Hampir dua juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal menghadapi kekurangan makanan bergelut untuk mencari tempat perlindungan selamat.
Penduduk melaporkan berlaku pertempuran sengit berlaku di timur Khan Younis, di selatan Gaza. Pegawai kesihatan Palestin berkata tiga warga Gaza terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Deir Al-Balah di tengah Gaza.
Israel berkata tenteranya membunuh beberapa lelaki di Khan Younis, termasuk dua dari terowong.
Hani Almadhoun, seorang warga Palestin-Amerika yang menetap di Virginia, melihat saudara-mara berkata, "orang awam yang tidak bersalah. Mereka tiada kaitan dengan Hamas atau mana-mana puak lain."
"Tentera Israel menahan abang saya Mahmoud, 32, anaknya Omar, 13, anak saudara saya Aboud, 27, dan bapa saya 72, dan beberapa mertua saya."
Jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, tentera sedang menyerang Hamas.
"Semasa pertempuran ini, mereka berada di kawasan itu dan keluar dari terowong dan rumah. Kami menahan dan menyoal siasat kesemua mereka," kata Hagari.
Bagaimanapun dia berkata ratusan penduduk disoal siasat setakat ini dan ramai menyerah diri dalam tempoh 24 jam.
Penduduk Gaza bersesak-sesak ke Rafah di sempadan selatan dengan Mesir.
Tetapi lebih 20 orang terbunuh di pangsapuri di sana pada Rabu, kata Eyad al-Hobi, saudara kepada beberapa orang yang terbunuh.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sejak 7 Oktober lebih 17,170 rakyat Palestin terbunuh dan 46,000 cedera.
Ia berikutan serangan bom yang dilakukan Israel ke atas Gaza.
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 350 orang telah terbunuh, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza Ashraf Al-Qidra.- REUTERS