fb fb fb fb fb

Qatar kutuk keengganan Israel berundur dari Gaza

Foto Reuters

DOHA, 6 Disember - Gencatan senjata yang sudah berlangsung hampir dua bulan di Gaza masih belum boleh dianggap lengkap selagi tentera Israel tidak berundur sepenuhnya daripada wilayah Palestin itu, menurut Perdana Menteri Qatar.

Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata pada Sabtu bahawa pelan damai yang disokong Washington dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pengunduran penuh pasukan Israel bagi memulihkan kestabilan di Gaza.

“Sekarang kita berada pada saat yang amat kritikal… Kita belum boleh menyifatkannya sebagai gencatan senjata. Gencatan senjata hanya lengkap apabila terdapat pengunduran penuh tentera Israel dan kestabilan kembali ke Gaza,” katanya ketika berucap pada Doha Forum, sebuah persidangan diplomatik tahunan yang berlangsung di ibu negara Qatar.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH