fb fb fb fb fb

Pyongyang lancar peluru berpandu lagi

(FOTO FAIL REUTERS)

SEOUL, 22 Julai- Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu krus (cruise missile) ke arah laut di barat Semenanjung Korea, kata tentera Korea Selatan pada Sabtu.

Ini menjadikan ia pelancaran peluru berpandu terbaharu Korea Utara sejak ia melepaskan dua peluru berpandu balistik pada Rabu.

Sejumlah peluru berpandu krus yang dilancarkan sejak sekitar pukul 4.00 pagi waktu tempatan telah dikesan, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan.

Terdahulu pada Rabu, Korea Utara melepaskan peluru berpandu beberapa jam selepas kapal selam peluru berpandu balistik bersenjata nuklear AS (SSBN) tiba untuk lawatan ketenteraan ke Korea Selatan.

Korea Utara juga memberi amaran pada Khamis bahawa penempatan kapal pengangkut pesawat, pengebom atau kapal selam peluru berpandu AS di Korea Selatan boleh memenuhi kriteria Pyongyang untuk penggunaan senjata nuklearnya.-REUTERS


(FOTO FAIL REUTERS)

Media Baharu