fb fb fb fb fb

Putin tawar senjata moden Rusia perkukuh anggota CSTO

Presiden Rusia, Vladimir Putin/REUTERS

BISHKEK, 29 November- Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan usaha memperkukuh semula keupayaan ketenteraan pasukan Kolektif Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) dengan membekalkan senjata moden buatan Rusia “yang telah terbukti keberkesanannya dalam operasi tempur sebenar.”

Putin menyampaikan cadangan itu pada sesi pembukaan sidang kemuncak CSTO di Bishkek, Khamis lalu.

Beliau mencadangkan program pemodenan berskala besar itu dimulakan pada 2026 ketika Rusia memegang giliran sebagai pengerusi berkitar CSTO, yang dianggotai enam negara pasca-Soviet termasuk Rusia, Belarus, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Tajikistan dan Armenia.

Armenia tidak menghadiri sidang kemuncak tersebut selepas membekukan hubungannya dengan CSTO berikutan kegagalan rakan sekutunya menyokong Yerevan dalam konflik bersenjata dengan Azerbaijan.

Sidang kemuncak CSTO seterusnya dijadual berlangsung di Moscow pada November 2026. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM