fb fb fb fb fb

Protes di Argentina desak bebaskan aktivis Flotila Gaza

Foto REUTERS

BUENOS AIRES,2 Oktober – Penunjuk perasaan berarak di Buenos Aires pada Rabu, menuntut pembebasan aktivis yang ditahan oleh rejim Israel selepas konvoi kemanusiaan flotila dipintas di Laut Mediterranean.

Peguam dan aktivis, Myriam Bregman, menyifatkan tindakan Israel itu sebagai “serangan jenayah” dan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Myriam turut mendesak pemimpin dunia mengecam tindakan berkenaan.

“Kita tidak boleh berpaling daripada isu ini,” katanya ketika penunjuk perasaan melaungkan slogan dan mengibarkan bendera Palestin di hadapan Kedutaan Israel.

Bekas kru flotila, Juan Carlos Giordano pula menegaskan misi tersebut bersifat aman dan hanya membawa bekalan asas ke Gaza.

“Netanyahu menuduh kami pengganas, sedangkan apa yang kami bawa hanyalah ubat-ubatan dan makanan,” katanya kepada Reuters, sambil menekankan kepentingan simbolik untuk memecahkan sekatan Israel.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa konvoi itu dialihkan dari “zon pertempuran".

Namun penganjur menuduh Israel sengaja mengganggu komunikasi dan membahayakan aktivis.

Konvoi berkenaan turut disertai beberapa tokoh terkenal termasuk aktivis alam sekitar, Greta Thunberg, dan sebelum ini pernah berdepan serangan dron serta kelewatan perjalanan. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD