fb fb fb fb fb

Presiden Korea Selatan ke China, fokus keamanan Semenanjung Korea

Foto REUTERS

SEONGNAM, 4 Januari- Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung berlepas ke China pada Ahad bagi mengadakan lawatan negara atas jemputan Presiden China, Xi Jinping.

Pihak Seoul menjangkakan Beijing memainkan peranan dalam mempromosikan keamanan di Semenanjung Korea, menurut Penasihat Keselamatan Presiden Korea Selatan, Wi Sung-lac, tanpa mengulas lanjut mengenai agenda sidang kemuncak tersebut.

Lawatan itu menandakan pertemuan kedua Lee dengan Xi dalam tempoh hanya dua bulan.

Penganalisis menjangkakan agenda Lee termasuk menggesa China membantu memudah cara dialog dengan Korea Utara, ketika Pyongyang sebelum ini menolak usaha pendekatan daripada Lee, yang memegang jawatan presiden sejak tujuh bulan lalu.

Perbincangan antara Lee dan Xi dijadualkan berlangsung pada Isnin, 5 Januari. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM