NAIROBI, 27 Jun- Polis Kenya melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan di ibu negara Nairobi pada Khamis.
Ia berlaku sehari selepas kerajaan bersetuju untuk membatalkan kenaikan cukai yang dipertikaikan berikutan bantahan yang membawa maut.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan menuju ke daerah pusat perniagaan Nairobi menyaksikan tentera dan polis dikerahkan bagi menghalang laluan di sepanjang jalan menuju ke Dewan Negara, pejabat Presiden William Ruto dan parlimen.
Wartawan AFP yang berada di tempat kejadian menyaksikan sendiri bagaimana polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata bagi mengentikan protes.- AFP